fbpx

Dua kakitangan kerajaan ditahan rasuah kontrak RM180,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Dua kakitangan sebuah agensi kerajaan ditahan selepas disyaki terlibat dalam rasuah mendapatkan kontrak bernilai RM180,000 kepada sebuah syarikat swasta.

Satu sumber berkata, penahanan kedua-dua suspek berusia 37 dan 40 tahun dilakukan kira-kira pukul 2.30 petang tadi di sebuah restoran di Putrajaya dekat sini.

Katanya, kedua-dua suspek disyaki bersubahat meminta wang suapan kira-kira RM20,000.

“Ini sebagai balasan mendapatkan kontrak membekal, menghantar dan memasang kelengkapan serta peralatan pejabat.

“Nilai anggaran projek itu bernilai lebih RM180,000 daripada agensi berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan tersebut dengan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

“Permohonan reman terhadap kedua-dua suspek akan dilakukan di Mahkamah Majistret Shah Alam di sini,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI