fbpx

ASNB lancar kemudahan e-KYC1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Permodalan Nasional Bhd. (PNB) melalui syarikat pengurusan unit amanah, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) melancarkan kemudahan pendaftaran akaun dalam talian dan onboarding pelanggan digital (e-KYC1) serta fungsi pelaburan yang berasaskan matlamat dalam aplikasi mudah alih myASNB (aplikasi).

 Seiring penambahbaikan aplikasi tersebut, ASNB juga telah melancarkan kempen #JomLabur yang akan berlangsung sehingga hujung tahun ini.

Kempen tersebut  menawarkan peluang kepada semua pemegang unit untuk memenangi hadiah-hadiah bernilai sehingga RM200,000.

Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, pengenalan ciri onboarding mudah alih baharu ini akan membolehkan rakyat tempatan membuka akaun melalui aplikasi myASNB tanpa perlu berkunjung ke cawangan atau ejen ASNB. 

“Pelanggan ASNB sedia ada kini boleh membuka akaun atau mengemas kini butiran peribadi secara terus di portal dan aplikasi mudah alih myASNB. 

“Ini membolehkan mereka memulakan pelaburan dari keselesaan rumah sendiri,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Ahmad Zulqarnain menerangkan, Target Labur telah direka untuk mendorong setiap individu mencapai matlamat kewangan mereka seperti membeli hartanah, menyimpan untuk persaraan, merancang percutian atau mengetepikan sejumlah dana untuk pendidikan anak-anak. 

Selain daripada matlamat pelaburan yang telah ditetapkan, pemegang unit juga boleh menetapkan matlamat pelaburan mereka sendiri.

Target Labur telah dilancarkan secara berperingkat pada 8 Oktober lalu bermula dengan kumpulan umur 18-34 tahun dan untuk semua pengguna aplikasi myASNB bermula pada 29 Oktober 2021. 

Pengguna aplikasi myASNB sedia ada dinasihatkan mengemas kini aplikasi agar dapat menggunakan fungsi baharu ini.

Sejajar dengan ciri-ciri baharu ini, ASNB melancarkan kempen #JomLabur untuk memberi ganjaran kepada pemegang unit yang menetapkan sekurang-kurangnya dua matlamat yang bernilai RM5,000 setiap satu.

Kempen yang berlangsung dari 8 Oktober hingga 31 Disember 2021, disokong oleh Kumpulan UMW, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), Jirnexu Sdn Bhd (syarikat induk RinggitPlus.com) dan GrabCar Sdn Bhd. 

Pemegang unit yang menetapkan dua matlamat dengan jumlah sasaran sekurang-kurangnya RM5,000 setiap satu akan berpeluang memenangi hadiah-hadiah seperti sebuah Toyota Vios, sebuah Toyota Yaris, dua buah iPhone 12, tiga buah iPad, 30 pas akses RinggitPlus Financial Planner atau 200 baucar GrabFood.

Kini sesiapa sahaja boleh membuka akaun ASNB atau mendaftar di portal dan aplikasi myASNB secara terus melalui telefon mudah alih mereka. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI