fbpx

Lebih 80,000 peniaga tutup perniagaan di Perak sejak pandemik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamarullaffie (tengah) menyerahkan kotak makanan DPMM kepada Khairul Shahril sebagai simbolik program di sini, hari ini. - FOTO: MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID.

PARIT – Lebih 80,000 peniaga di negeri ini khususnya peniaga kecil terpaksa menutup perniagaan mereka ekoran terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 sejak setahun lalu.

Sehubungan itu, pengumuman kebenaran merentas negeri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi kelegaan kepada kelompok peniaga di negeri ini yang sedang bangkit.

Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) negeri Perak, Ir. Kamarullaffie Ahmad berkata, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan larangan merentas negeri telah merencatkan ekonomi setempat.

“Kita memang melihat sejak dua tahun ini kesan-kesan yang amat ketara, ramai ahli-ahli DPMM mengadu masalah pendapatan dan perbelanjaan.

“Ini kerana apabila kena tutup operasi, gaji pekerja, sewa pejabat serta kos-kos lain kena bayar, jadi bagaimana kita nak menyambung kehidupan,” katanya selepas Program Penyerahan Sumbangan Kotak DPMM Negeri Perak, di Pusat Khidmat Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) Bota, Bota Kanan di sini hari ini.

Kamarullaffie berkata, bagi membantu membantu golongan berkenaan, DPMM mengambil inisiatif turun bertemu para peniaga kecil di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan menyampaikan bantuan yang diperlukan.

“Kalau ikut di Perak lebih 80,000 perniagaan ditutup terutamanya usahawan yang berniaga kecil-kecilan di tepi jalan serta pasar malam dan sebagainya.

“Sebab itu, kebenaran merentas negeri pengumuman yang sangat ditunggu-tunggu kerana secara tidak langsung akan mengembalikan semula pendapatan peniaga di negeri ini.,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau mengingatkan para peniaga agar patuh pada arahan yang ditetapkan termasuk memastikan diri dan pekerja mereka telah divaksin sekali gus mewujudkan komuniti selamat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI