fbpx

Kim Jong-kook mahu ‘simpan’ sperma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM JONG-KOOK

USIANYA semakin menghampiri angka 50 tahun, namun masih belum ada tanda-tanda untuk penyanyi terkenal Kim Jong-kook mendirikan rumah tangga.

Biarpun kerap digosipkan bercinta dengan ramai wanita cantik, termasuk rakan sepasukan dalam program Running Man iaitu Song Ji-hyo, namun hati lelaki itu masih belum terpaut dengan cinta.

Disebabkan itu bahkan sejak beberapa tahun lalu, dia kerap dihujani pertanyaan tentang perkahwinan memandangkan usianya yang semakin meningkat.

Bagaimanapun ketika muncul sebagai tetamu undangan dalam program Heo Young-man’s Food Travel baru-baru ini, penyanyi lagu One Man itu membuat pendedahan mengejutkan ramai.

Pada awal perbualan, Jong-kook mengakui berasa tertekan kerana ada pihak cuba menjodohkannya dengan wanita tertentu, sedangkan dia lebih selesa mengenali seseorang tanpa paksaaan.

“Saya cuma kena berhati-hati. Saya juga banyak bercakap dengan ramai kawan yang belum berkahwin. Saya cuba mengajak mereka menyimpan sperma bersama-sama. Saya benar-benar serius mempertimbangkan perihal berkenaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI