fbpx

Rentas negeri bantu pulih pelancongan domestik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kebenaran pergerakan rentas negeri yang bermula hari ini bagi individu lengkap dua dos vaksin, dijangka dapat membantu membangunkan semula sektor pelancongan domestik.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ia merupakan khabar gembira yang telah lama dinantikan seluruh penggiat industri tempatan berkenaan.

Beliau berkata, usaha itu dapat menjamin kelangsungan hidup ramai pekerja dalam rantaian sektor pelancongan yang terjejas akibat impak penularan wabak.

“Justeru, bagi memulihkan kembali sektor ini, salah satu fokus digariskan dalam Pelan Pemulihan Pelancongan oleh kementerian ialah mengembalikan keyakinan para pelancong,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI