fbpx

Bapa sendiri jumpa mayat anak lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAZAK tidak dapat menahan sebak selepas membawa pulang mayat anaknya ke jeti Pantai Sri Tujuh, Tumpat hari ini.

TUMPAT – Mayat seorang nelayan ditemui oleh bapanya sendiri selepas terjatuh daripada botnya ketika sedang menjala ikan di perairan Pantai Sri Tujuh di sini hari ini.

Mangsa, Mohamad Farhan Abdul Razak, 23, ditemui bapanya, Razak Ismail, 59, kira-kira pukul 4 pagi dipercayai selepas bot dinaikinya berpusing dan terbalik.

Adik mangsa, Nur Ayuni Abdul Razak, 22, berkata, anak ketiga daripada lima beradik itu bersama bapanya, keluar menangkap ikan dengan menaiki bot berasingan.

Menurutnya, rutin harian dua beranak itu keluar dari rumah di Kampung Baru Nelayan pada pukul 2 pagi untuk menangkap ikan di Pantai Sri Tujuh.

“Kebiasaannya, abang dan ayah akan pulang dengan selamat. Hari ini, saya menerima panggilan daripada rakan ayah yang berada di tempat kejadian memaklumkan bahawa abang saya lemas.

“Saya terus ke Pantai Sri Tujuh dan melihat mayat abang sudah berada di jeti sambil dipangku oleh bapa,” katanya sebak ketika dihubungi pemberita hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintendan Mohd. Razi Rosli ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu oleh rakan mangsa pada pukul 6.30 pagi tadi.

“Siasatan mendapati, mayat lelaki itu dijumpai kira-kira 13 batu nautika dari jeti Pantai Seri Tujuh dan dibawa balik oleh bapanya sendiri ke jeti Pantai Seri Tujuh,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI