fbpx

Lompat parti buat orang muda rasa ahli politik tak berguna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Shahril (tengah) menyampaikan kotak makanan sumbangan DPMM Perak kepada salah seorang penerima di sini, hari ini. Foto MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID.

PARIT – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Parit, Khairul Shahril Mohamed menggesa kerajaan melaksanakan undang-undang lompat parti dengan segera bagi menjaga imej ahli politik.

Menurut Khairul Shahril, tindakan lompat parti melibatkan wakil rakyat sebelum ini menyebabkan ramai golongan muda merasakan ahli politik merupakan golongan paling tidak berguna.

“Saya sebagai Exco Belia cukup khuatir dengan pandangan orang muda kepada suasana politik di Malaysia ini dan orang politik adalah golongan yang mereka rasakan golongan paling tak berguna sekarang ini.

“Ada satu ungkapan saya baca dalam Facebook sepatutnya pemimpinlah yang membantu rakyat tapi di Malaysia ini kalau mereka boleh katakan pemimpin yang menyusahkan rakyat,” katanya pada Program Penyerahan Sumbangan Kotak Makanan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Perak, di Pusat Khidmat Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) Bota, Bota Kanan, di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI