fbpx

Penulis blog didakwa buat hantaran komunikasi jelik hina Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang penulis blog berusia 69 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan membuat hantaran komunikasi jelik yang menghina Yang di-Pertuan Agong dalam laman Facebook, Mei lalu.

Aspan Alias yang juga bekas pegawai kanan sebuah bank didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik terhadap Seri Paduka dengan niat menyakitkan hati orang lain.

Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira pukul 2.47 petang, 16 Mei lalu melalui aplikasi Facebook menggunakan nama `Aspan Alias’.

Kenyataan jelik itu kemudian dibaca pukul 9 pagi, 18 Mei lalu di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Wangsa Maju di sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta yang sama.

Seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan hendaklah didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Hakim M. M. Edwin Paramjothy membenarkan Aspan dijamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan kes disebut pada 10 Disember ini untuk serahan dokumen. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI