BARCELONA – Calon Presiden Barcelona, Jordi Farre mendakwa, beliau sudah berbincang dengan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berhubung kemungkinan untuk melantiknya sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu.
The Catalan baru sahaja membawa masuk bekas pengendali skuad antarabangsa Belanda, Ronald Koeman untuk mengemudi Barcelona dengan kontrak tiga tahun sehingga Jun 2022.
Bagaimanapun, pemilihan presiden yang dijangka berlangsung tahun depan mungkin bakal menyaksikan berlakunya perubahan tampuk pimpinan skuad gergasi Sepanyol itu.
Farre, 45, menegaskan, Barcelona memerlukan seorang individu yang mempunyai daya kepimpinan tinggi yang berpengaruh seperti Klopp dan bersedia membawa masuk pengendali Jerman itu jika berjaya mengambil alih jawatan presiden daripada Josep Maria Bartomeu.
“Sekiranya Koeman menjalankan tugasnya dengan bagus, sudah tentu beliau akan dikekalkan sebagai jurulatih Barcelona.
“Namun, kami juga ada perancangan seterusnya buat pasukan ini dan saya sendiri sudah beberapa kali berhubung dengan dengan Klopp. Barcelona perlukan jurulatih berkredibiliti seperti beliau,” katanya.
Kenyataan Farre dilihat agak mengejutkan kerana Klopp sebelum ini pernah menyatakan hasrat mahu berehat selama setahun apabila kontraknya bersama Li-verpool tamat pada 2024. – AGENSI