fbpx

50 termasuk pesakit dipindahkan bilik wad terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan dalam salah sebuah wad serta kerja-kerja menyelamat yang dilakukan di Hospital Pantai semalam.

SHAH ALAM – Dua buah bilik wad di Hospital Pantai di sini terbakar memaksa 30 pesakit termasuk penjaganya terpaksa dipindahkan, malam tadi.

Turut dipindahkan adalah 20 kakitangan hospital tersebut namun tiada kemalangan maut dilaporkan.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, seramai 13 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba Pelabuhan Klang dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 11.38 malam.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian pukul 11.42 malam dengan jarak hospital kira-kira empat kilometer didapati kebakaran melibatkan dua bilik wad dan telah dikosongkan.

“Pasukan bomba kemudiannya menggunakan konsep ‘receo’ iaitu membuat kerja menyelamat, memindahkan pesakit dan kerja pemadaman.

“Turut dipasang adalah tangga sehingga api padam sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, api berjaya dikawal 10 minit kemudian dan operasi ditamatkan pukul 12.57 pagi dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI