fbpx

Ronaldo tambah gol, pintas rekod Ramos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO membuat penampilan ke-181 di peringkat antarabangsa sekali gus memintas rekod Ramos selain menambah satu lagi gol untuk mengumpul 112 jaringan setakat ini. – AFP

ALMANCIL – Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo meneruskan rentak cemerlang di pentas antarabangsa apabila meledak gol ke-112 ketika membantu pasukan itu menewaskan Qatar 3-0 dalam aksi persahabatan di Stadium Algarve awal pagi semalam.

Lebih manis, penyerang Manchester United itu juga memintas rekod penampilan Eropah yang dipegang pemain pertahanan Sepanyol, Sergio Ramos apabila dia melakukan penampilan ke-181 bertemu Qatar.

Beraksi pada usia 36 tahun, pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or itu langsung tidak menunjukkan penurunan pres­tasi apabila menampilkan aksi cukup bertenaga sepanjang perlawanan.

Gol yang dijaringkan Ronal­do pada perlawanan itu dianggap sangat bermakna apabila dia dibantu oleh rakan sepasukan di United, Diogo Dalot yang melakukan hantaran sebelum dia menolak masuk bola ke gawang.

Selain Ronaldo, Jose Fonte dan Andre Silva turut mencetak nama selaku penjaring, sekali gus menjadikan perlawanan itu sebagai aksi pemanas badan terbaik menjelang saingan kelayakan Piala Dunia 2022 menentang Luxem­bourg Rabu ini.

Justeru, jurulatih Portugal, Fernando Santos seolah-olah mengkritik pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer yang kurang memberikan minit permainan kepada Ronaldo pada musim ini.

“Saya turunkan Ronaldo bertemu Qatar kerana dia kurang minit permainan sebelum ini. Sekiranya dia hanya bermain menentang Luxembourg nanti, ia akan menjadi aksi pertamanya dalam tempoh 15 hari,” kata beliau. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI