fbpx

Pogacar lakar sejarah di Jelajah Lombardia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POGACAR mencatat kemenangan berganda dengan menjuarai Jelajah Lombardia selepas menguasai TdF musim ini. – AFP

BERGAMO, Itali – Pelumba sensasi Slovenia, Tadej Poga­car melakar sejarah tersendiri apabila menjadi pelumba pertama dalam tempoh 42 tahun menjuarai Jelajah Lombardia pada musim yang sama selepas memenangi siri Tour de France (TdF).

Pada perlumbaan peringkat akhir awal pagi semalam, pelumba berusia 23 tahun itu berjaya menafikan cabaran yang diberikan oleh Fausto Masnada (Deceuninck-Quick Step) di tempat kedua dengan Adam Yates (Ineos Grenadiers) melengkapkan podium.

Keputusan tersebut sekali gus menyaksikan Pogacar yang mewakili pasukan UAE-Emi­rates menyamai pencapaian empat pelumba legenda antarabangsa Fausto Coppi, Eddy Merckx dan Bernard Hinault yang berjaya mendominasi Jelajah Lombardia dan TdF pada tahun yang sama.

Kata Pogacar, sepanjang perlumbaan yang diharungi, dia tidak pernah terlintas untuk mencatat sejarah kerana lebih berminat untuk memberi tum­puan dalam usaha bergelar juara tidak kira ada pencapaian baharu yang direkodkan atau sebaliknya.

“Jiwa saya adalah berbasikal dan setiap perlumbaan yang diharungi, tidak pernah terlintas buat saya untuk memahat sejarah baharu atau menjadi sebahagian daripada rekod sedia ada kerana saya hanya mahu memberikan yang terbaik sehingga ke garisan penamat.

“Namun, pada aksi perlumbaan ini, saya akui cabaran yang diberikan oleh Masnada khususnya pada beberapa kilometer terakhir cukup se­ngit memandangkan dia berpengalaman beraksi di sini, manakala saya pula baru kali pertama menyertai Jelajah Lombardia.

“Apa yang pasti, saya ber­puas hati dengan apa yang diraih sepanjang musim ini dengan menjuarai dua perlumbaan berprestij termasuk TdF. Kini saya sudah boleh berehat dan mula merancang jadual untuk mengharungi musim 2022 yang dijangka lebih mencabar,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI