fbpx

Barcelona sedia jual bintang €700 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI (tengah) sudah tawar hati untuk menyarung jersi Barcelona kerana tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan tertinggi pasukan itu. – AFP

LISBON – Finalis Liga Juara-Juara, Paris Saint-Germain (PSG) mengalu-alukan kehadiran Lio­nel Messi sekiranya bintang Barcelona tersebut membuat keputusan untuk meninggalkan kelab kesayangannya itu.

Ketua jurulatih PSG, Thomas Tuchel tanpa berselindung me­­n­ga­kui, beliau tidak mampu menolak peluang untuk mendapatkan khidmat Messi, 33, memandang­kan juara Perancis itu mempu­nyai kemampuan dari segi kewangan yang kukuh.

“Kami perlu membentuk skuad yang lebih kuat daripada sekarang jika mahu terus mencabar dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan. Jadi, kami memerlukan beberapa pemain baharu selepas ini.

“Tiada jurulatih akan menolak Messi. Walaupun saya sedar Messi akan tamatkan kariernya di Barcelona tetapi PSG sentiasa membuka pintu jika dia mahu berhijrah pada masa depan,” kata Tuchel.

Pemenang enam Ballon d’Or itu boleh berganding semula dengan bekas rakan sepasukannya di Barcelona iaitu Neymar dan kali ini membentuk trio serangan le­bih berbahaya bersama seorang lagi bintang PSG, Kylian Mbappe.

Ia mampu membantu PSG menamatkan penantian bergelar juara Eropah selepas barisan pemain sedia ada gagal menewaskan Bayern Munich apabila kalah 0-1 pada aksi final Liga Juara-Juara di Lisbon awal pagi semalam.

PSG dan Manchester City adalah antara dua kelab di dunia dilihat mampu membeli Messi kerana mempunyai klausa perpindahan bernilai €700 juta (RM3.45 bilion) dalam kontrak­nya bersama Barcelona yang akan berakhir tahun depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN