fbpx

Olusegun bakal kempunan Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OLUSEGUN belum pasti diturunkan beraksi apabila Selangor menentang PJ City FC pada saingan Liga Super di Stadium UiTM, Shah Alam Sabtu ini.

KETUA jurulatih Selangor, B. Sathianathan mengharapkan penyerang import sensasi, Ife­dayo Olusegun sempat cergas bagi membantu pasukan menjelang aksi Liga Super menentang Pe­taling Jaya City FC (PJ City) pada Sabtu ini.

Sebagai rekod, Olusegun menjadi tonggak import terakhir Gergasi Merah yang melapor diri ke kem latihan pasukan selepas hanya tiba di Malaysia dua ming­gu lalu setelah terkandas di Nigeria susulan pandemik Covid-19.

Kata Sathianathan, peluang untuk penyerang berusia 29 tahun itu diturunkan pada aksi di Stadium UiTM, Shah Alam nanti hanya akan diputuskan sebelum perlawanan bermula.

“Selepas tiba di Malaysia, dia menjalani kuarantin selama 14 hari dan hanya melaporkan diri dalam sesi latihan esok (hari ini). Justeru, potensi untuk dia diturunkan pada aksi menentang PJ City tetap ada.

“Cuma, segalanya bergantung pada tahap kecergasan Olusegun kerana kita tidak tahu sama ada dia bersedia untuk mengharungi aksi kompetitif atau tidak. Saya faham dia sudah lama tidak turun padang ekoran pandemik Covid-19.

“Jika dia tidak dapat diturun­kan, kami masih mempunyai pelan alternatif untuk mengisi kekosongan di bahagian sera­ngan. Ini kerana, barisan pemain lain tidak mengalami masalah kecergasan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Mengulas lanjut, Sathianathan percaya pasukannya sekarang sudah berada dalam prestasi terbaik mencatatkan keputusan positif bagi mendaki carta Liga Super yang masih berbaki tujuh perlawanan.

“Pasukan sudah mendapatkan momentum, tetapi anda tidak boleh samakan perlawanan persahabatan dengan aksi kompetitif. Pasukan kini ber­ada pada landasan yang bagus untuk mengharungi kembali aksi liga,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI