fbpx

Uqasha, Kamal nikah 21 Oktober?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rata-rata warganet beranggapan Kamal dan Uqasha bakal melangsungkan pernikahan pada 21 Oktober depan selepas tular welcome board tertera nama mereka berdua dalam Tiktok.

PETALING JAYA – Spekulasi pernikahan pasangan dua sejoli Uqasha Senrose dan Kamal Adli terus menjadi tanda tanya dan persoalan ramai hingga ke saat ini.

Terbaharu, pasangan tersebut dikatakan bakal disatukan pada 21 Oktober depan selepas welcome board (papan ucapan selamat datang) majlis pernikahan mereka tersebar dalam laman sosial TikTok sejak semalam.

Menerusi video yang dikongsikan akuan @kadgalericinta, rakaman tersebut jelas memaparkan nama Kamal dan Uqasha pada majlis yang tertera pada Oktober 21.

Bagaimanapun, tarikh keramat perkahwinan mereka tidak ditulis dan dinyatakan pada welcome board papan kayu yang diukir nama kedua-dua pasangan itu.

Rata-rata netizen beranggapan tarikh yang dimaksudkan adalah 21 Oktober, namun sebenarnya angka 21 itu merujuk kepada tahun 2021.

Menurut pengelola akaun tersebut, dia menyerahkan kepada Uqasha dan Kamal untuk mengumumkan tarikh hari bahagia mereka nanti.

“Guys (korang), jangan salah faham pasal tarikh itu, dia dalam bulan ni lah Oktober 21, tapi berapa hari bulan tu rahsia lah,” tulisnya.

Difahamkan, welcome board tersebut terpaksa dibuat semula ekoran kesalahan ejaan nama Uqasha menjadi Uqasya pada papan kayu sebelum ini.

Sehingga kini, pasangan popular itu belum mengesahkan kesahihan mengenai perkara tersebut dan dilihat lebih selesa mengunci mulut mengenai tarikh pernikahan mereka.

Rabu lalu, spekulasi pernikahan mereka menjadi bualan dan hangat diperkatakan selepas Uqasha menganjurkan sebuah majlis bridal shower (meraikan bakal pengantin) bersama adik-beradik dan sepupunya di sebuah restoran terkemuka.

Perkara tersebut dikuatkan lagi apabila sebuah lagi majlis parti bujang yang meraikan Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29, di sebuah kediaman di ibu negara turut dilakukan beberapa hari selepas itu.

Dalam majlis bertemakan gaya Sepanyol itu, Uqasha anggun mengenakan busana gaun kembang dan beropol berona merah manakala ahli keluarga dan rakan terdekat pula memakai pakaian serba hitam.

Terdahulu, Kamal membuat kejutan apabila melamar Uqasha secara langsung pada siaran Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020) yang berlangsung Disember tahun lalu.

Hubungan cinta mereka mula menjadi perhatian peminat selepas digandingkan dalam sebuah drama arahan Michael Ang berjudul, Setelah Terlafaznya Akad.

Pasangan tersebut yang melangsungkan pertunangan pada April lalu sepatutnya melangsungkan majlis akad nikah dan tiga buah majlis resepsi di sebuah pusat peranginan tanah tinggi terkemuka, namun terpaksa menangguhkan hasrat tersebut disebabkan virus Covid-19 yang semakin menular. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI