PETALING JAYA – Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell) mengagihkan barangan basah kepada seramai 200 keluarga terkesan ekoran krisis pandemik di Perumahan Awam Seri Sarawak, Kuala Lumpur hari ini.
Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn. Bhd., Radz Mohd. berkata, barangan basah itu diagihkan dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat–Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).
“Alhamdulillah, kami sekali lagi dapat membantu keluarga yang memerlukan melalui inisiatif #RichWellBantu yang dimulakan sendiri oleh pengasas RichWorks dan Mentor Usahawan, Datuk Dr. Azizan Osman pada Julai lalu.
“Kami faham, ramai terkesan disebabkan ‘musuh halimunan’ yang kita sedang hadapi dan inilah masa untuk terus bantu satu sama lain ketika semua sedang cuba untuk kembali bangkit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Jelasnya, sumbangan itu diharap sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga yang memerlukan.
“Insya-Allah, pengagihan sumbangan sebegini akan diteruskan dari semasa ke semasa sehingga hujung tahun ini,” ujarnya.
Pihaknya mensasarkan untuk mengumpulkan sumbangan berjumlah RM1 juta bagi membantu kira-kira 10,000 keluarga yang memerlukan terutama ketika pandemik ini.
Tambahnya, orang ramai terutama bangsa usahawan yang mahu menyumbang bersama-sama RichWell, bolehlah melayari laman web richworks.com/RichWellBantu untuk info lanjut. – K! ONLINE.