fbpx

Wanita warga emas mati terjatuh dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beginilah keadaan basikal ditunggang mangsa yang dipercayai terbabas sebelum terjatuh ke dalam parit.

BAGAN SERAI – Seorang wanita warga emas ditemui mati dalam parit sedalam tiga meter di bahu jalan di Kilometer (KM) 2 Jalan Selama – Alor Pongsu malam tadi.

Mangsa, Azizah Hanim Mohd. Nasseruddin,75, di temui dalam keadaan terapung dalam parit kira-kira pukul 10.30 malam oleh orang awam yang melalui jalan di situ sebelum menghubungi pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, menurut warisnya mangsa telah keluar dari rumah di Jalan Selama di sini kira-kira pukul 8 malam dengan menunggang basikal untuk pergi ke rumah saudaranya.

Menurut beliau, kejadian dipercayai berlaku semasa mangsa yang dalam perjalanan ke arah Alor Pongsu mengalami kemalangan sendiri lalu terjatuh ke dalam parit di bahu jalan sebelah kanan

“Tiada sebarang kenderaan lain yang boleh dikaitkan dengan kemalangan itu dan berdasarkan siasatan punca kemalangan dipercayai kerana terbabas sendiri.

“Lokasi kejadian kira-kira 50 meter dari rumah mangsa. Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat pada malam tadi,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini.

Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI