fbpx

PGA rampas barangan runcit seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barangan runcit seludup yang dirampas PGA di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda di tepi jalan Kampung Lubok Gong, Rantau Panjang kelmarin.

RANTAU PANJANG – Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang lelaki dan merampas pelbagai barangan runcit seludup bernilai RM13,704 semasa menjalankan rondaan rutin di tepi jalan Kampung Lubok Gong di sini kelmarin.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA, Superintendan Azhari Nusi berkata, lelaki berusia 37 tahun yang memandu pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero Wagon itu ditahan pada pukul 8.30 malam.

Menurutnya, semasa melakukan rondaan rutin, anggota PGA melihat sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

“Kita telah menahan kenderaan itu dan menemui pelbagai barangan runcit di dalamnya semasa menjalankan pemeriksaan.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM31,704 termasuk kenderaan yang digunakan suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Azhari, suspek dan kesemua barangan kes dibawa ke Kompeni Taktikal PGA di sini untuk siasatan lanjut.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Makanan 1983. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI