fbpx

‘Saya pun ada hati, perasaan’ – isteri dedah Shuk masih curang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSSALENNAH memberi bayangan tidak sanggup lagi memaafkan kecurangan Shuk Sahar yang masih bermain kayu tiga biarpun sudah berkali-kali diberikan peluang.

PETALING JAYA – “Terima kasih untuk semua rasa sakit ini.”

Itu antara luahan kekecewaan dan sakit hati isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah yang masih dibelenggu masalah kecurangan suaminya.

Menerusi beberapa muat naik status InstaStory, Rossalennah mendedahkan, dirinya seperti sudah tawar hati dengan suaminya itu yang masih tidak serik dan terus bermain kayu tiga dengan wanita lain.

“Tiada siapa pun mahu pilih perpisahan. Seboleh-bolehnya si isteri ini bersabar walaupun perit, sakit, trauma tetap juga dia tempuhi.

“Sayang sangat sebab peluang tak pernah dihargai. Mempersendakan perasaan dan hati yang sanggup memaafkanmu,” luahnya.

Ujar Rossalennah lagi, dia sudah tidak mahu lagi memaafkan suaminya itu atas kecurangannya yang sepertinya tidak pernah menemui jalan noktah.

“Saya terkilan sebab saya masih mahu baiki dan bertahan lagi. Tetapi, Allah merancang sesuatu yang lain. Allah tidak izinkan kali ini untuk saya maafkannya. Sedih sangat tetapi bersyukur sebab Dia tunjukkan kebenaran.

LUAHAN kekecewaan yang dikongsi Rossalennah atau lebih dikenali sebagai Sera menerusi InstaStory memberi bayangan rumah tangganya dengan Shuk sekali lagi dilanda badai.

“Ingat, jangan sebab anda dicintai, disayangi dan dimaafkan, sesuka hati memperlakukan hidup orang. Dia (saya) pun ada hati dan perasaan,” katanya.

Memberi bayangan perkahwinannya dengan Shuk atau nama lengkapnya, Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 35, sekali lagi seperti retak menanti belah, Rossalennah tidak mahu lagi menerima sumpah suaminya yang berjanji banyak kali untuk berubah sebelum ini.

“Kejamnya manusia yang sanggup bersumpah berjanji padahal sedang bersama yang lain. Tiada yang lebih zalim daripada ini.

“Selama ini, saya percaya Allah bagi kekuatan untuk memaafkan sebab ini cara-Nya menjadikan saya kuat dan sabar mendepani masa depan,” tuturnya.

Tidak mahu memberi komen lanjut tentang kepincangan yang berlaku, Shuk mengakui memang ada masalah sedikit antara dia dan isteri dan mereka sedang mencari penyelesaian.

“Ada sikit salah faham dengan Sera tapi tiada apa yang serius pun,” katanya ringkas.

Sekarang ini, Shuk berada di Seberang Perai , Pulau Pinang bagi mengembangkan perniagaan minumannya di sana.

Terdahulu, wanita yang dikaitkan mempunyai hubungan sulit dengan Shuk, iaitu Fara Salleh mendedahkan lelaki itu masih tidak berhenti mengganggunya sehingga dia berasa rimas.

Tidak menyebut nama individu berkenaan, Fara bagaimanapun mengatakan lelaki tersebut menyertai tabligh seolah-olah merujuk kepada Shuk yang juga baru-baru ini turut mengikuti jemaah berkenaan.

Menerusi muat naik dalam InstaStory sekitar pertengahan September lalu, Fara turut memuat naik gambar memaparkan bahagian belakang badan individu tersebut. Dia bagaimanapun bertindak memadam perkongsian itu selepas beberapa minit memuat naik gambar terbabit.

Terdahulu, Shuk beberapa kali ditangkap berkelakuan curang dengan isterinya namun atas dasar sayang dan masa depan anak-anak, isterinya itu memaafkan segala khilaf yang pernah dilakukannya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI