fbpx

Tiada keperluan hidupkan UMNO lama – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zahid ketika mengadakan lawatan di Bagan Datuk, hari ini.

BAGAN DATUK – Tiada keperluan untuk menghidupkan semula UMNO lama yang telah dibubarkan oleh mahkamah pada 1988, sebaliknya semangat perjuangan yang ada pada parti tersebut harus disuntik pada parti UMNO sedia ada.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun sebagai negara demokrasi setiap individu bebas untuk menubuhkan parti politik, tetapi terlalu banyak parti dalam landskap (politik) sekarang ia menyebabkan tiada satu parti dominan.

“Bagi kami dalam kepimpinan, tidak ada UMNO lama dan tidak ada UMNO baharu, yang penting UMNO itu satu saja dan kita mengambil pendirian semua peringkat umur termasuk veteran, jika ada perbedaan pendapat, ini sering diraikan oleh kepimpinan.

“Saya tidak fikir perlunya semangat untuk menghidupkan sesuatu parti yang telah diharamkan dari segi perundangan pada 1988 dan semangat itu harus disuntik dalam UMNO yang ada sekarang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program ‘outreach’ Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Parlimen Bagan Datuk di sini hari ini.

Ahmad Zahid diminta mengulas laporan media semalam mengenai tindakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengadakan mesyuarat dengan beberapa veteran UMNO bagi menghidupkan semula UMNO lama.

Bekas Naib Presiden UMNO itu berkata, langkah itu dilakukan kerana pihaknya merasakan UMNO yang baharu sudah hilang taring serta berpecah dan mungkin sukar menghadapi pilihan raya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI