PETALING JAYA – Amaran ribut petir dan hujan lebat diramal akan melanda beberapa kawasan di dua buah negeri pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi satu kenyataan di Facebooknya berkata, keadaan itu dijangka berlaku sehingga pukul 9 pagi ini.
“Bagi kawasan di negeri Johor, keadaan hujan lebat berserta ribut petir dijangka akan berlaku di Batu Pahat.
“Sementara itu di Selangor, keadaan sama diramal akan melanda bagi kawasan Kuala Langat dan juga Sepang,” katanya hari ini. – K! ONLINE