fbpx

Courts Malaysia sumbang penapis udara dan perkhidmatan disinfeksi rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sumbangan penapis udara telah disampaikan oleh Pengurus Kawasan Courts Malaysia, Neol Raj kepada salah sebuah rumah jagaan yang terpilih.

PETALING JAYA – Bagi membantu golongan terkesan dengan pandemik Covid-19, peneraju jualan barang elektrik, teknologi maklumat (IT) dan perabot terkemuka, Courts Malaysia telah menyumbang penapis udara dan perkhidmatan disinfeksi rumah khusus kepada rumah jagaan orang tua dan kanak-kanak.

Ketua Pegawai Esekutif Courts Malaysia, Harry Higashiura berkata, sebanyak 15 buah peralatan itu telah disumbangkan menerusi projek Rumah Amal Courts pada kali ini.

Beliau berkata, antara penerima bantuan itu adalah adalah Pusat Jagaan Orang Tua Wan Hing Seri Kembangan, Pusat Jagaan Rumah Orang Tua Chik Sin Thong Klang, Pertubuhan Kebajikan Yesuvin Mahligai Selangor Kajang, Persatuan K.I.D.S dan Rumah Good Samaritan, Klang.

“Sistem penapisan udara memainkan peranan penting ketika negara kita perlahan-lahan dibuka kembali, dan udara bersih akan tetap menjadi pertimbangan penting untuk penggunaan kediaman.

“Kami sangat berharap sumbangan tersebut dapat mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif bagi kehidupan warga tua dan kanak-kanak terutamanya dengan keadaan kes Covid-19 di negara ini yang terus melonjak pada kadar yang belum pernah terjadi sebelumnya,”katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Higashiura berkata, sebagai sebuah organisasi yang mengutamakan kesejahteraan masyarakat, pihaknya berjanji akan meneruskan komitmen untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Tambah beliau, setakat ini, sumbangan amal yang telah dibuat melalui projek Rumah Amal Courts berjumlah lebih RM700,000 telah menjangkau lebih 130 rumah dan komuniti di seluruh negara sejak program itu bermula tahun 2015.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI