fbpx

Tiga budak lemas sebab cari kepah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli keluarga mangsa sugul menanti operasi mencari dan menyelamat tiga mangsa di muara Sungai Setiu berhampiran Kampung Mangkuk, Setiu hari ini.

SETIU – Tiga kanak-kanak yang hilang dikhuatiri lemas di muara Sungai Setiu berhampiran Kampung Mangkuk di sini mencari kepah di lokasi kejadian sebelum insiden berlaku.

Tiga mangsa yang hilang dalam kejadian pada pukul 5.30 petang itu dikenalpasti sebagai Nurulhasna Humaira Che Mohd. Humaizi, 11, adiknya, Muhammad Aryan Faheem, 7, dan saudara mereka, Nur Amni Insyirah Saiful Tarmizi, 9.

Pengerusi Bencana Daerah Setiu, Rosli Latif berkata, sewaktu kejadian, ketiga-tiga mangsa sedang mencari kepah bersama tiga kanak-kanak lain pada kedudukan 50 meter dari tebing sungai sebelum tenggelam disebabkan air pasang.

“Tiga daripada mereka diselamatkan ahli keluarga dan pengunjung yang berada berhampiran di lokasi.

“Begitupun Nurulhasna Humaira dan adiknya, Muhammad Aryan Faheem, 7, serta saudara mereka, Nur Amni Insyirah gagal diselamatkan kerana dihanyutkan arus sungai,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI