fbpx

Keluarga majikan direman siasat kes mayat wanita Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat wanita warga Thailand ditemui di dalam longkang berhampiran ladang sawit Jalan Kuala Berang, Gua Musang petang kelmarin.

KOTA BHARU – Tujuh sekeluarga termasuk seorang wanita direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita warga Thailand di dalam longkang berhampiran ladang kelapa sawit di Jalan Kuala Berang, dekat Gua Musang, Selasa lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris berkata, kesemua suspek berusia dalam lingkungan 21 hingga 64 tahun itu ditahan reman bermula hari ini hingga Khamis depan.

Menurutnya, siasatan mendapati, lelaki berusia 64 tahun itu adalah pemilik sebuah kedai runcit dan kedai makan yang juga merupakan majikan kepada mangsa.

“Tujuh sekeluarga itu ditahan di Felda Chiku, Gua Musang tengah hari semalam untuk membantu siasatan kes tersebut.

“Berdasarkan siasatan, kedai runcit dan kedai makan milik suspek warga emas itu terletak berdekatan dengan lokasi mayat mangsa ditemui,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Wan Khairuddin, polis masih mengesan saksi kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI