fbpx

Elak berlaku PRN di Melaka – Parti IMAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) berharap agar kemelut yang melanda kerajaan Melaka tidak di bawa sampai ke Pilihan Raya Negeri (PRN).

Timbalan Presidennya, Datuk Mohamed Ismail Ibrahim berkata, negara kini masih dalam proses pemulihan walaupun vaksinasi negara sudah hampir capai 90 peratus, namun risiko kluster PRN Sabah mungkin berulang jika tidak diberi tumpuan.

Mohamed Ismail

Beliau berkata, pihaknya menyarankan agar kerajaan pusat dapat mencapai satu kata putus dan menyelesaikan kemelut negeri Melaka sehingga satu perjanjian dapat dimeterai.

“Kta berharap agar kemelut ini tidak sampai hingga PRN kerana ini mungkin akan membawa kepada satu lagi kluster.

“Kita perlu bersatu dalam ‘pergelutan’ untuk memulihkan ekonomi negara kerana ini merupakan objektik utama yang perlu dicapai. Rakyat dan negara perlu didahulukan buat masa ini,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohamed Ismail berkata, pihaknya berterima kasih kepada kerajaan di atas inisiatif dan dasar baru yang dibawa untuk merancakkan kembali ekonomi negara sekaligus memberi nafas kepada rakyat untuk menjana pendapatan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI