fbpx

Kes sembuh atasi kes harian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Pesakit sembuh daripada Covid-19 kekal melepasi pesakit baharu dengan 12,724 kes hari ini, menjadikan jumlah kes pesakit pulih sebanyak 2,170,289 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu merekodkan 9,751 kes termasuk 15 kes import, dengan jumlah keseluruhan kes Covid-19 2,323,478 kes.

“Daripada 9,751 kes harian yang dilaporkan, 206 kes (2.1 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 9,545 kes (97.9 peratus) kategori satu dan dua.

“Sebanyak 792 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 386 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Tambah beliau, terdapat 10 kluster baharu dikenal pasti melibatkan enam kluster tempat kerja, dua kluster komuniti serta masing-masing satu kluster kumpulan berisiko tinggi dan pendidikan tinggi. -K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI