fbpx

KJ arah lapor polis terhadap @Khalids sebar maklumat palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akaun Twitter milik individu terbabit telah dinyahaktif.

PETALING JAYA – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah mengarahkan satu laporan dibuat terhadap seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @khalids susulan penyebaran maklumat palsu berkenaan vaksin Covid-19.

Khairy Jamaluddin melalui hantaran di Twitternya berkata, laporan terhadap individu itu akan dibuat di Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM).

“Ada masa untuk mendidik dan melibatkan diri. Tetapi, ada juga masa untuk menegakkan undang-undang.

“Saya telah meminta laporan dibuat terhadap @khalids kepada PDRM dan SKMM kerana menyebarkan berita palsu mengenai vaksin Covid-19. Cukuplah berbohong,” ciapnya.

Antara tangkap layar hantaran yang dimuatnaik individu terbabit.

Terdahulu, individu terbabit tular di media sosial Twitter selepas menyebarkan maklumat serta dakwaan palsu berkaitan vaksin.

Dia juga mendakwa syarat lengkap vaksinasi bagi pasangan yang ingin berkahwin di Pejabat Agama Islam Daerah di Selangor sebagai diskriminasi terhadap golongan yang enggan divaksin.

Selain itu, pengguna Twitter itu turut berkongsi senarai guru-guru yang meninggal dunia akibat Covid-19 dan mendakwa kesemua guru itu meninggal dunia akibat divaksin tetapi dinafikan oleh kerajaan.

Semakan Kosmo! di akaun Twitter berkenaan mendapati akuan itu telah dinyahaktif. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI