fbpx

Bank Islam kini tersenarai dalam Bursa Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bank Islam mahu memberi tumpuan terhadap usaha memperkukuhkan perbankan tanpa tunai dan dalam talian bagi memenuhi keperluan pelanggan. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Bank Islam Malaysia Berhad mencatat sejarah baharu apabila menjadi institusi perbankan Islam tulen yang lengkap disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia hari ini melalui pengambilalihan BIMB Holdings Berhad (BHB).

Pengambilalihan ini menandakan muktamadnya langkah penstrukturan semula Kumpulan BHB. Pada masa yang sama, BHB akan menjadi anak syarikat kepada Bank Islam, dengan bank mengambil peranan sebagai syarikat induk.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif BHB dan Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed berkata, Bank Islam akan diberikan kuasa penuh dalam menjalankan dan meneruskan strategi korporat dan perniagaan.

“Bank Islam akan diberikan autonomi penuh dalam menjalankan dan meneruskan strategi korporat dan perniagaannya serta menerapkan inisiatif pengurusan modal dengan muktamadnya langkah korporat ini.

“Melalui penyenaraian ini, Bank Islam mempunyai akses kepada sumber modal yang lebih luas dan pelbagai, membolehkan penggunaannya untuk menyokong program pengembangan dan pertumbuhan perniagaan di masa hadapan dengan cekap,” katanya hari ini dalam satu kenyataan.

Bank Islam Malaysia Berhad mencatat sejarah baharu menjadi institusi perbankan Islam tulen yang lengkap disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia.

Tambahnya lagi, penyenaraian ini membuka peluang kepada pelabur untuk terlibat secara langsung dalam bagi kebaikan masa hadapan buat Kumpulan Bank Islam yang baharu.

“Penyenaraian ini membuka peluang kepada pelabur untuk terlibat secara langsung dalam pertumbuhan ekuiti dan masa hadapan Kumpulan Bank Islam baharu, yang meliputi ‘BIMB Investment’ dan ‘BIMB Securities’.

“Bank Islam berhasrat untuk berada di kedudukan utama dalam menawarkan penyelesaian kewangan lengkap Syariah-ESG dengan menerajui perbankan digital dan kewangan sosial menjelang 2025,” katanya.

Penyenaraian ini memberi kedudukan yang menguntungkan buat Bank Islam dalam memanfaatkan pertumbuhan kewangan Islam dan pasaran modal Islam, sejajar dengan usaha untuk mengembangkan asas pelanggan Bank. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI