fbpx

Tunggu ‘lampu hijau’ Thailand untuk ekstradisi Sajat pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sajat

KUALA LUMPUR – Permohonan untuk mengekstradisi usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat untuk kembali ke negara ini sudah dihantar kepada kepada pihak berkuasa Thailand.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihak JSJ sudah menghantar permohonan kepada pihak berkuasa Thailand dan negara ketiga (Australia) yang menjadi lokasi sasaran Sajat.

“Proses permohonan untuk mengekstradisi Sajat sudah disiapkan dan sudah dihantar kepada pihak berkuasa Thailand dan negara ketiga iaitu Australia.

“Pada masa ini kita sedang menunggu keputusan selanjutnya daripada pihak berkuasa Thailand dan negara ketiga sebelum proses membawa balik Sajat dilakukan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, proses membawa pulang Sajat akan dilaksanakan mengikut saluran undang-undang antarabangsa sekiranya tidak berdepan sebarang masalah.

“Kita (polis) akan meneruskan proses membawa pulang kerana Malaysia dan Thailand terikat dengan triti yang membolehkan proses untuk membawa pulang orang yang dikehendaki atau penjenayah buruan dilaksanakan.

“Permohonan ini akan dibuat dalam tempoh masa terdekat, bagaimanapun ia bergantung kepada negara berkenaan sama ada akan memenuhi permintaan kita atau sebaliknya,” ujarnya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Syariah pada 23 Februari lalu, mengeluarkan waran tangkap terhadap Sajat kerana gagal hadir pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu.

Usahawan terbabit kemudiannya melarikan diri ke Thailand dan ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok, Thailand, bersama seorang lelaki warga Thailand yang juga berperwatakan seperti wanita ketika serbuan pihak imigresen.

Sajat juga dilaporkan memohon kad pelarian Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) untuk mendapatkan kebenaran berpindah ke Australia, dan kini dia sedang dalam proses menunggu kelulusan dari negara ketiga berkenaan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI