PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir berserta hujan lebat di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak pada petang ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, keadaan itu dijangka berlaku sehingga pukul 6 petang ini.
“Di Sarawak, kawasan yang dijangka terlibat ialah Kuching (Lundu dan Kuching), Kapit (Balaga) dan Bintulu (Sebauh).
“Sementara itu di Sabah pula, cuaca sama turut diramal melanda Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, dan Kota Kinabalu), Tawau (Lahad Datu), Sandakan dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas),” katanya di sini hari ini.
Terdahulu, kerajaan negeri Sabah membuat persediaan awal untuk berhadapan dengan musim banjir dengan memastikan bekalan barangan yang diperlukan bagi menghadapi bencana alam tersebut mencukupi.
Langkah itu susulan ramalan MetMalaysia yang menjangka hujan lebat berterusan akan berlaku pada hujung tahun ini.- K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929