fbpx

Cari mangsa bot karam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang anggota Maritim sedang meninjau dalam operasi pencarian Sutri di kawasan perairan Kuala Selangor, hari ini.

KLANG – Seorang lelaki warga Indonesia dilaporkan hilang dalam kejadian bot karam selepas terbalik dilambung ombak dalam kejadian di 13.6 batu nautika barat daya Kuala Selangor dekat sini.

Mangsa dikenali dengan panggilan Sutri berusia 21 tahun itu merupakan kru bot nelayan kelas A.

Pengarah Maritim Malaysia (APMM) Selangor, Kepten Maritim Mohd. Rosli Kassim berkata, kejadian bot karam itu dilaporkan berlaku kelmarin dengan carilamat bot Maritim Pengawal 26 dan aset udara Maritim selain dibantu oleh Pasukan Polis Marin (PPM) serta Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Katanya, berdasarkan maklumat mangsa bersama tekong dan seorang lagi kru telah jatuh ke laut apabila bot yang dinaiki dilambung ombak sebelum terbalik di lokasi kejadian.

“Bagaimanapun, dua daripadanya termasuk tekong berjaya menyelamatkan diri manakala Sutri masih gagal ditemui.

“Operasi Carilamat merangkumi keluasan 143.4 batu nautika persegi dengan tertumpu di kawasan perairan Kuala Selangor,” katanya dalam kenyataan hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI