fbpx

UiTM Pahang sumbang 1,000 buku untuk banduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD ILHAM (empat dari kanan) menyampaikan sumbangan buku kepada Ab. Basir Mohamad (dua dari kiri) sambil diiringi Abu Hasan Hussain (kiri) di Penjara Bentong di Bentong hari ini.

BENTONG – Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang menjadi institusi pendidikan tinggi pertama di negeri ini yang bertindak proaktif menyumbangkan buku untuk dimanfaatkan banduan di dua buah penjara di Pahang.

Rektor UiTM Pahang, Profesor Dr. Mohd. Ilham Adenan berkata, sebanyak 1,000 naskah buku pelbagai kategori disumbangkan yang menjadi permulaan kepada kerjasama strategik antara pihaknya dengan jabatan penjara di Pahang.

“Tujuan kita adalah hendak memanjangkan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kita bukan sahaja kepada masyarakat biasa tetapi merentasi tembok batu yang mana
proses penjanaan ilmu yang terbaik adalah melalui buku.

“Kita juga mahu menjalinkan hubungan strategik dengan pihak penjara daripada semua segi melibatkan apa sahaja UiTM ada daripada segi kepakaran dan sebagainya yang boleh digunapakai,”katanya selepas menyampaikan sumbangan buku di Penjara Bentong di sini, hari ini.

Yang hadir sama Pengarah Penjara Pahang, Datuk Ab. Basir Mohamad dan Pengarah Penjara Bentong, Datuk Abu Hasan Hussain.

Menurut Mohd. Ilham buku berkenaan adalah sumbangan pihak UiTM dan juga dikumpulkan daripada masyarakat setempat yang turut prihatin menghulurkan sumbangan.

Katanya, buku yang disumbangkan adalah terdiri daripada pelbagai kategori seperti, novel dan agama serta terdapat juga buku Bahasa Inggeris untuk banduan antarabangsa.

Dalam pada itu, Ab. Basir berkata, sehingga kini sebanyak 6,000 naskah buku telah di terima oleh Jabatan Penjara Pahang daripada pelbagai pihak yang diagihkan kepada Penjara Bentong, Penjara Penor, rumah perantaraan dan kegunaan banduan yang menjalani program parol.

“Terima kasih kepada pihak UiTM kerana menyumbang buku dan bagi saya buku ini satu faedah yang cukup besar kepada penghuni penjara untuk dimanfaatkan mereka dengan meluangkan masa membaca buku seterusnya membentuk pemikiran mereka.

“Saya juga ucapkan terima kasih kepada semua penyumbang yang mana kita ada 12 pihak yang menyumbang kepada penjara sepanjang kempen yang kita buat untuk mewujudkan budaya membaca dalam kalangan penghuni penjara,”ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI