fbpx

Bomba pantau air pasang besar di Port Dickson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PORT DICKSON- Jabatan Bomba dan Penyelamat Port Dickson kini sentiasa mengadakan rondaan sekitar pantai menjadi tumpuan pengunjung di daerah ini susulan berlakunya fenomena air pasang besar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Mohd. Hairul Izam Mazelan berkata, rondaan dan pemantauan itu bagi memastikan tiada sebarang perkara tidak diingini berlaku termasuk pada hujung minggu.

“Kami turut mengadakan pemantauan berskala mengikut data pasang surut air laut di sekitar pantai di daerah ini pada waktu pagi dan petang di kawasan kunjungan pengunjung.

“Pemantau data keadaan pada pagi ini menunjukkan air pasang pada tahap 3.26 meter manakala pada waktu petang 2.78 meter.

“Pada keesokkan hari pula pada tahap 3.23 meter (pagi) manakala, petang pula 2.71 meter. Jangkaan air pasang surut pada lusa 10 Oktober ini pula pada awal pagi 3.09 meter dan petang dijangka pada 2.58 meter,” katanya hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI