fbpx

PPZ-MAIWP bantu usahawan terkesan akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

PETALING JAYA – Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) bersama Bumbu Agency Sdn Bhd mengadakan Webinar Bangkit 2.0 bagi membantu usahawan-usahawan kecil dan sederhana memulakan dan mengembangkan lagi perniagaan mereka secara dalam talian.

Menurut Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman berkata, melihat kepada situasi dan keluhan usahawan-usahawan kecil dan sederhana yang terkesan akibat Covid-19, program ini diteruskan agar dapat memberi lebih manfaat kepada ramai usahawan.

“Ini merupakan satu inisiatif PPZ-MAIWP dengan kerjasama mereka yang pakar dalam bidang ini untuk turut membantu para peniaga yang terkesan.

“Jika diikutkan harga untuk sertai kelas seperti ini mencecah ribuan ringgit, namun Bumbu Agency Sdn Bhd berikan secara percuma khas untuk bantu mereka bangkit semula”. katanya baru-baru ini dalam satu kenyataan.

Melalui program ini, peserta akan dilatih oleh pengajar yang berpengalaman dalam perniagaan secara dalam talian dengan pengisian sebanyak 10 modul seperti penghasilan video iklan untuk perniagaan, cara memasarkan perniagaan di ‘marketplace’ facebook dan banyak lagi.

PPZ-MAIWP menyasarkan 2,000 penyertaan dengan penyediaan kelas selama satu bulan bermula 11 Oktober 2021 dan ianya terbuka kepada seluruh masyarakat di Malaysia.

Mereka yang berminat untuk menyertai webinar secara percuma ini boleh mendaftar secara dalam talian di bangkit2.zakat.com.my dan ikuti Facebook Pusat Pungutan Zakat atau hubungi 1 300 88 5757 untuk maklumat lanjut – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI