PETALING JAYA – Sebanyak 89.1 peratus atau 20,856,337 individu dewasa negara ini telah lengkap menerima dua dos vaksin setakat semalam.
Berdasarkan data yang dikongsikan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), sebanyak 94.6 peratus atau lebih 22,153,302 juta individu dewasa pula sudah menerima suntikan pertama.
Setakat semalam juga, sejumlah 196,647 dos suntikan harian telah diberikan di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, Sabah mencatatkan pemberian dos kedua tertinggi dengan 25,551 diikuti Johor (18,017), Perak (11,640), Pulau Pinang (8,901) Kedah (8,145), Pahang (3,095) dan Selangor (3,063).
Baru-baru ini Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengingatkan orang ramai yang ingin pulang ke kampung untuk melakukan ujian Rapid Test Kit-Antigen (RTK-Ag) bagi memastikan bebas dari Covid-19. – K! ONLINE.