fbpx

Thinaah bawa bekalan terbaik ke Piala Uber

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEARLY (kiri) dan Thinaah sudah tidak sabar untuk beraksi dalam kejohanan lebih besar pada musim depan selepas meraih banyak pengalaman pada musim ini.

AKSI terbaik ketika bersaing pada Piala Sudirman, Finland minggu lalu mampu menjadi tonik terbaik buat beregu wanita­ negara, M. Thinaah-Pearly Tan menjelang saingan Piala Uber di Denmark nanti.

Justeru, Thinaah mengakui dia mahu menggunakan dengan baik pengalaman dan pendedahan yang diperoleh sewaktu saingan Piala Sudirman bagi membantu mencatat satu lagi keputusan membanggakan.

Ketika bersaing pada Piala Sudirman, pasangan terbaik negara itu berpeluang bermain dengan jaguh ranking No.6, Greysia Polii-Apriyani Rahayu dari Indonesia dan juga pasa­ngan dari Jepun, Mayu Matsumoto-Misaki Matsutomo.

“Selepas Piala Sudirman kita banyak belajar benda baharu terutama ketika kita berdepan jaguh dunia dari Jepun dan ­Indonesia.

“Mereka adalah pemain berpengalaman dan kami harap dapat membawa pengalaman itu sebagai bekalan terbaik ke cabaran Piala Uber nanti.

“Dalam fikiran kita adalah ingin memberikan yang terbaik sebaik sahaja turun ke gelanggang. Kita pun sudah lihat ramai ‘netizen’ bercakap kami bermain bukan macam perempuan. Jadi kami akan bermain dengan baik nanti.

“Setakat ini saya tidak me­ngalami kecederaan serius dan cuma adalah calar-calar serta bengkak. Kita ada beberapa hari untuk rehat dan berlatih sebelum saingan bermula,” katanya.

Pasukan negara akan memulakan saingan peringkat Kumpulan D malam esok de­ngan menentang pasukan tuan rumah, Denmark diikuti China pada Ahad dan juga Kanada pada awal pagi selasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI