fbpx

Lelaki redah api selamatkan ibu lumpuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zaiham menemani ibunya, Bidah yang terselamat daripada kebakaran di Kampung Batu 48, Dungun hari ini.

DUNGUN – Seorang wanita warga emas yang lumpuh separuh badan nyaris maut selepas rumah sewa didiaminya musnah dalam kebakaran di Kampung Batu 48 di sini hari ini.

Bidah Mat Sin, 67, berjaya diselamatkan anak lelakinya, Mohd. Zaiham Hamzah, 25, dalam kebakaran pada pukul 2.25 petang itu.

Mohd. Zaiham berkata, dia yang baru pulang dari kedai makan terkejut apabila melihat api sedang marak memusnahkan rumahnya.

“Saya hanya fikir emak saya yang sedang terbaring di ruang tamu sebelum bergegas masuk untuk menyelamatkannya dengan cara mendukung.

“Sewaktu itu, asap sudah penuh memenuhi ruang rumah. Saya tidak berfikir panjang selain pantas membawa emak keluar dari rumah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Kamung Batu 48 di sini hari ini.

Anggota bomba sedang memadam kebakaran rumah Bidah di Kampung Batu 48, Dungun hari ini.

Mohd. Zaiham berkata, ketika kejadian, ibunya yang terlantar lumpuh akibat angin ahmar sejak lapan bulan lalu hanya tinggal bersendirian kerana semua ahli keluarganya yang lain keluar bekerja.

Walaupun terkilan gagal menyelamatkan apa-apa barang berharga, dia tetap bersyukur ibunya tidak mengalami sebarang kecederaan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI