fbpx

Rekod tanpa kalah Itali lebur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BONUCCI (dua dari kanan) dilayangkan kad merah sekali gus merencatkan aksi Itali sehingga menyebabkan mereka tewas kepada Sepanyol awal pagi semalam. – AFP

MILAN – Rekod 37 perlawanan tanpa kalah Itali berakhir selepas mereka akur dengan kekalahan 1-2 kepada Sepanyol pada aksi separuh akhir Liga Negara-Negara Eropah di San Siro awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, Ferran Torres menjadi wira skuad La Roja apabila meledak dua gol, manakala gol Itali dijaringkan Lorenzo Pellegrini selepas mereka beraksi dengan 10 pemain apabila Leonardo Bonucci dila­yangkan kad merah.

Jurulatih Itali, Roberto Mancini mengakui kecewa dengan kekalahan tersebut selain menegaskan, layangan kad merah boleh dielakkan sekiranya mereka lebih berhati-hati.

“Saya tahu perlawanan seperti ini akan berubah sekiranya ada insiden yang tidak sepatutnya berlaku. Aksi separuh masa pertama sepatutnya berakhir de­ngan 1-1, namun ketinggalan 2-1.

“Apa yang jelas, Sepanyol le­bih banyak memegang bola dan menguasai permainan tetapi saya tetap kecewa apabila tewas dalam keadaan seperti ini. Kami lakukan kesilapan sehingga terpaksa beraksi dengan 10 pemain,” kata beliau.

Bekas pengurus Manchester City itu juga percaya kekalahan tersebut mampu membantu mereka untuk menjadi lebih kuat memandangkan beliau dapat mengesan beberapa kelemahan yang ada dalam pasukan.

“Walaupun bermain dengan 10 orang, namun kami mampu untuk jaringkan satu gol dan ia satu persembahan yang baik. Saya fikir kekalahan ini tidak melemahkan kami, sebaliknya berikan kekuatan kepada kami untuk memperbaiki pasukan,” ujar Mancini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI