fbpx

Modric kembali sarung jersi Croatia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MODRIC (kanan) kembali memperkuatkan Croatia untuk berdepan Cyprus dan Slovakia pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022. – AGENSI

ZAGREB – Croatia mendapat tonik tambahan menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2022 bertemu Cyprus dan Slovakia selepas kembalinya ketua pasukan mereka, Luka Modric ke pangkuan pasukan itu.

Modric terlepas aksi kelayakan sejak September lalu dan kali terakhir beraksi untuk skuad Croatia adalah ketika aksi Euro 2020 menentang Sepanyol pada Jun lalu.

Pemain Real Madrid itu tiba di kem latihan skuad berkenaan pada Isnin lalu selepas membuat keputusan untuk berehat seketika daripada tugasan antarabangsa.

Bagaimanapun, di sebalik beri­ta gembira berkenaan, Croatia terpaksa menerima hakikat apabila mereka kehilangan Josip Juranovic dan Dejan Lovren untuk aksi kali ini sementara Domagoj Vida juga bakal terlepas aksi pertama.

“Lovren dan Juranovic tidak akan menyertai kami untuk aksi menentang Cyprus kerana kecederaan. Namun, kami berharap Lovren mampu kembali untuk aksi menentang Slovakia nanti.

“Bagaimanapun, kami berjaya memanggil dua pemain baharu, Marin Pongracic (RB Salzburg) dan Duje Caleta-Car (Marseille) untuk mengisi kekosongan tersebut,” kata Ketua Jurulatih Croatia, Zlatko Dalic.

Dalam pada itu, Dalic turut memanggil bintang baharu di bahagian pertahanan dari Bayern Munich, Josip Stanisic yang akan beraksi di posisi bek kanan pasukannya.

Selain itu, Dalic turut menamakan pemain sayap kirinya, Mislav Orsic untuk berada dalam skuadnya berdepan aksi kali ini biarpun pemain Dinamo Zagreb itu tidak menjalani latihan kerana merasai kesakitan pada bahagian buku lalinya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI