fbpx

Usah teruskan spekulasi isu bendera Kelantan terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedudukan bendera Kelantan yang didakwa dipasang terbalik di pekarangan Dewan Perniagaan Cina Kelantan sehingga ia tular di laman sosial baru-baru ini.

KOTA BHARU – Orang ramai diharap tidak meneruskan spekulasi dan tanggapan negatif berhubung isu bendera negeri Kelantan yang didakwa dipasang secara terbalik di di Dewan Perniagaan Cina, Jalan Kebun Sultan di sini baru-baru ini.

Pemasangan bendera Kelantan yang didakwa terbalik di dewan itu menimbulkan kemarahan orang ramai terutamanya masyarakat di negeri ini sehingga ia tular di laman sosial.

Presiden Dewan Perniagaan Cina Kelantan Yap Eng Or berkata, bendera itu sudah dipasang mengikut kedudukan yang betul tetapi ia diterbangkan angin sehingga ia kelihatan seperti terbalik.

Katanya, sebelum kejadian itu tular, bendera Kelantan telah diganti dengan bendera baharu pada Khamis lalu selepas bendera asal yang berkibar di sebatang tiang di kawasan itu tidak pernah bertukar sejak lebih 10 tahun lalu.

“Disebabkan oleh itu, kita mengambil inisiatif untuk menukar bendera negeri yang baharu.

“Saya juga tidak menyangka kedudukan bendera itu terbalik akibat angin kuat sehingga tali bahagian atas tercabut,” katanya pada sidang akhbar di Dewan Perniagaan Cina, Jalan Kebun Sultan di sini hari ini.

Menurut Eng Or, selepas kejadian itu tular pada Jumaat lalu, pihaknya telah mengambil tindakan dengan kembali memperbetulkan kedudukan bendera tersebut dengan segera.

Katanya, pihak Dewan Perniagaan Cina tidak berniat secara langsung untuk menimbulkan sebarang masalah berhubung isu bendera itu malah pihaknya sentiasa mempunyai hubungan baik dengan kerajaan negeri.

“Kita juga sudah beroperasi selama 108 tahun dan tiada masalah seperti ini sebelum ini.

“Saya memohon kepada orang ramai agar tidak lagi memanjangkan isu sensitif seperti ini sehingga ia menimbulkan ketegangan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Tambah Ong Er, pihaknya telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di sini pada pukul 5.30 petang semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI