fbpx

Penampakan patung Squid Game di simpang empat Jogjakarta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Patung kanak-kanak perempuan di satu lokasi di Jogjakarta. - Instagram

JAKARTA – Satu rakaman video memaparkan penampakan sebuah patung daripada siri televisyen popular  Korea Selatan, Squid Game menjadi tular di media sosial, lapor laman Suara.com semalam.

Dalam video yang dikongsi oleh akaun Instagram @sidaivan itu, patung robot kanak-kanak perempuan tersebut dilihat di simpang empat Tugu Jogja.

Patung itu berdiri di tengah-tengah simpang empat itu, manakala tingginya pula tidak jauh berbeza dengan Tugu Jogja.

Kepalanya pula berpusing ke kiri dan kanan, seakan-akan sedang mengawasi keadaan lalu lintas di situ.

Kemudian, apabila lampu isyarat bertukar hijau, patung itu kedengaran menyanyi “Saatnya lampu hijau,”, sama seperti dalam siri popular itu.

Netizen yang menonton video tersebut kemudiannya berkongsi pelbagai reaksi di ruangan komen.

“Auto taubat ya semua pengguna jalan itu,” kata seorang netizen.

“Malam tadi saya melalui jalan itu namun patung tersebut tiada di situ,” kata seorang netizen lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI