fbpx

Nul Aziza, Zahuri terima bantuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NuL AZIZA bersama adik-adiknya menerima sumbangan daripada wakil Media Mulia di rumahnya di Kampung Pekan, Tangga Batu baru-baru ini.

MELAKA – Enam beradik yatim piatu di Kampung Pekan, Tangga Batu di sini, bukan sahaja hilang tempat bergantung, malah kesemua mereka yang hanya berusia 14 hingga enam tahun terpaksa meneruskan hidup dengan ihsan jiran tetangga.

Menurut kakak sulungnya, Nul Aziza Rosani, penderitaan dia dan adik-adiknya bermula selepas arwah ibunya, Milah Nasir, 35, meninggal dunia pada lima tahun lalu di Hospital Melaka, manakala bapa mereka, Rosani Saman, 53, mengalami kemalangan di tempat kerja, Januari lalu.

Ujarnya lagi, sejak kematian ibu bapa, adik-beradik ini meneruskan hidup dengan bergantung ihsan daripada jiran tetangga dan saudara-mara, malah tidak dapat meneruskan persekolahan ekoran mengalami masalah pada sijil kelahiran.

“Kini, kami tinggal di rumah sewa dibayar oleh individu yang prihatin sebanyak RM150 sebulan, makan minum pula adalah sumbangan ihsan jiran sekeliling dan saudara terdekat.

“Saya dan dua lagi adik sempat bersekolah ketika arwah ayah masih ada. Selepas itu kami semua tidak bersekolah susulan masalah pada sijil kelahiran, kerana emak merupakan warga Filipina, manakala ayah berasal dari Sabah,” jelas Nul Aziza ketika ditemui di rumahnya pada sesi penyerahan bantuan bersempena Program Jelajah Ikhlas Central Sugars Refinery Sdn. Bhd. (CSR), Era Foods MY dan Media Mulia Sdn. Bhd.

Zahuri (kanan) menunjukkan sumbangan daripada Program Jelajah Ikhlas di hadapan kedai kasutnya di Pekan Masjid Tanah.

Berkongsi satu lagi kisah malang, seorang tukang kasut, Zahuri Omar, 46, yang kini hilang pendapatan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan menyebabkan kedai kasutnya di Pekan Masjid Tanah tidak lagi dikunjungi pelanggan turut dibantu melalui program berkenaan.

Meskipun tiada pelanggan, Zahuri Omar, 46, terpaksa membuka kedai yang berdindingkan papan itu kerana perlu meneruskan kelangsungan hidupnya untuk menyara keluarga termasuk seorang anak perempuan berusia 17 tahun.

Lebih malang, sebelum ini, dia sekeluarga terpaksa keluar dari kediaman kerana gagal membayar sewa bulanan.

Dia terpaksa menggunakan sebahagian besar wang daripada Geran Khas Prihatin yang diterima sebagai pendahuluan rumah sewa baharu yang mereka diami sekarang ini.

Sila layari Facebook Utusan Online & Kosmo Online untuk menonton video penuh program Jelajah Ikhlas pada 8 Oktober 2021, pukul 12 tengah hari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI