KEMAMAN – Kira-kira 30 penduduk tinggal sehelai sepinggang berikutan kebakaran yang memusnahkan enam buah rumah teres didiami mereka di Kampung Gong Limau di sini hari ini.
Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan dalam kebakaran yang berlaku pada 2.30 petang tersebut.
Penguasa Bomba Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Kasyfi Syahmi Ghazali berkata, kebakaran deretan rumah teres itu dipercayai bermula dari sebuah rumah sebelum merebak ke kediaman jiran-jirannya.
Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal dan tempoh sejam sekali gus mengelak 14 rumah lain yang berada dalam deretan sama daripada turut terbakar.
“Sewaktu tiba di lokasi,empat buah rumah sedang marak terbakar sebelum merebak ke dua buah rumah lain.
“Kebakaran cepat merebak kerana struktur rumah yang tiada pemisah dan bumbung saling bersambung antara satu sama lain,” katanya ketika ditemui di lokasi kebakaran di sini hari ini.- K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929