KUALA LANGAT – Pantai peranginan di daerah ini akan ditutup susulan air pasang besar yang dijadualkan antara esok hingga Ahad ini.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), Datuk Amirul Azizan Abd. Rahim berkata, ini meliputi Pantai Kelanang, Pantai Baru Morib, Pantai Morib, Pantai Batu Laut, Pantai Cunang selain
Taman Harmoni Morib, Istana Bahagia Morib dan Jeti Tanjung Sepat.
Katanya, kemudahan awam seperti medan selera dan kiosk di kawasan berkenaan turut akan ditutup.
“Berdasarkan jadual air pasang surut, daerah ini akan mengalami paras air tertinggi pada 8 hingga 9 Oktober dengan ketinggian 5.6 meter antara pukul 6.30 pagi hingga pukul 7.40 pagi.
“Trend air pasang itu akan menurun pada Ahad dengan mencatatkan paras air tertinggi hanya pada 5.4 meter pada pukul 8.13 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, beliau menasihati agar penduduk di pesisir pantai di daerah ini lebih berwaspada dan berhati-hati terhadap fenomena air pasang itu. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929