fbpx

Lelaki pilih gaya rambut paling teruk untuk kebajikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gaya rambut Turner dipilih oleh abangnya sendiri. - The Sun

LONDON – Seorang lelaki di Britain sanggup mendapatkan gaya rambut yang dianggap  paling buruk di dunia untuk tujuan  kebajikan, lapor akhbar The Sun semalam.

Stu Turner, 36, yang merupakan seorang kakitangan awam, menggunting rambutnya dengan potongan ‘ringhead’ iaitu satu bulatan rambut nipis yang mengelilingi dagu, wajah dan kepalanya.

Turner memilih fesyen rambut itu selepas membiarkan rambut dan janggutnya memanjang ketika pandemik.

Turner menggunting rambutnya dengan potongan ‘ringhead’ iaitu satu bulatan rambut nipis yang mengelilingi dagu, wajah dan kepalanya. -The Sun

Namun, gaya rambut uniknya itu dipilih oleh individu yang mendermakan wang dengan jumlah paling besar kepadanya iaitu sebanyak £316.25 (RM1,795), yang juga merupakan abangnya sendiri.

“Apabila orang lain melihat idea rambut ini, mereka terkejut kerana ia merupakan gaya rambut paling teruk yang boleh dibayangkan,” katanya.

Menurut Turner, dia keluar dan tidak menyangka gaya rambutnya itu mendapat perhatian yang positif.

“Perkara paling pelik adalah beberapa individu tidak menyangka gaya rambut ini adalah atas tujuan kebajikan.

“Mereka malah menyangka ia merupakan gaya potongan terbaharu,” katanya.

Tindakan memotong rambutnya membuatkan Turner berjaya mengumpulkan dana sebanyak lebih £1,000 (RM5,678) untuk tabung  Penyelidikan Kanser The Little Princess Britain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI