fbpx

Lelaki terselamat rumah terbakar 80 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba sedang memadamkan kebakaran di rumah mangsa awal pagi tadi. - Foto IHSAN BOMBA KL

KUALA LUMPUR – Tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan nyawa seorang lelaki ketika kediamannya di tingkat 29 KL Gateway Residensi, Jalan Kerinchi, dekat sini yang terbakar awal pagi tadi.

Mangsa yang berusia 30-an itu juga dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan ketika terperangkap dalam kediaman berkenaan.

Komander Operasi, Pegawai Kanan Penguasa Bomba Kanan (PKPgB) Wan Mohd. Sharir Azizi Wan Said berkata, Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 1.01 pagi.

“Seramai 38 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai, BBP Seputeh dan BBP Jalan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba di tempat kejadian didapati kebakaran membabitkan sebuah rumah yang terbakar hampir 80 peratus,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, petugas melakukan pencarian secara permukaan untuk menyelamatkan mangsa dan teknik ‘attacking’ dan ‘defensive’ untuk memadamkan kebakaran.

“Terdapat seorang mangsa iaitu lelaki berusia lingkungan 30-an ditemui di dalam rumah berkenaan dalam keadaan selamat.

“Dia kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan kita masih menyiasat punca kebakaran,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI