fbpx

SelVAX Remaja sasar 75,000 individu, pelajar sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (tengah) sebelum sidang akhbar hari ini. - Foto oleh ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan memperluaskan program Vaksin Selangor (SelVAX) dengan memfokuskan kepada 75,000 remaja termasuk pelajar sekolah di negeri ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya setakat ini memperuntukkan sebanyak 150,000 dos vaksin Covid-19 kepada golongan remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun.

Katanya, pelaksanaan program itu akan menumpukan kepada pelajar sekolah di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan sekolah persendirian.

“Kita mengambil pendekatan dengan pergi secara terus ke sekolah terlibat untuk memberi suntikan kepada pelajar.

“Fokus diberikan kepada pelajar yang memerlukan dan ia kaedah lebih cepat serta berkesan dalam memastikan tiada sesiapa tertinggal untuk mendapatkan vaksin,” katanya pada sidang akhbar di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Jelas Amirudin, program SelVAX Remaja itu akan menggunakan vaksin Sinovac seperti yang diluluskan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Mereka yang mempunyai penyakit kritikal tidak dibenarkan mendapatkan suntikan berkenaan.

“Jadual pemberian vaksin bagi program itu akan dikeluarkan dalam tempoh seminggu secara berperingkat,” ujarnya.

Tambah beliau, program itu kemungkinan turut akan dibuka kepada sekolah rendah lain selepas keutamaan diberikan kepada sekolah di bawah JAIS. -K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI