fbpx

Mahu rentas Terengganu, jalani ujian saringan Covid-19 dahulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Individu yang berhasrat memasuki Terengganu apabila rentas negeri kembali dibuka kerajaan tidak lama lagi digalakkan agar melakukan ujian saringan Covid-19 terlebih dahulu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Dr. Alias Razak berkata, walaupun situasi semakin stabil dan kadar vaksinasi tinggi, kadar kes harian Covid-19 semasa di negeri tersebut masih kekal tiga digit.

Tambah beliau juga, setakat ini, sebanyak 42 kes varian membimbangkan (VOC) iaitu Beta dan Delta telah dikesan di negeri berkenaan.

“Kita ada membincangkan cadangan menjalani ujian saringan Covid-19 sebagai pra syarat melakukan perjalanan ke Terengganu pada Mesyuarat Exco Mingguan semalam.

“Begitupun, setakat ini, ia (ujian saringan Covid-19) tidak diwajibkan tetapi digalakkan untuk dilakukan kerana 50 peratus kes positif yang dikesan di negeri ini dalam kalangan mereka yang tidak bergejala,” katanya di sini hari ini.

Alias berkata, ujian saringan Covid-19 tersebut boleh dilakukan dengan menggunakan kit ujian pantas Antigen dan
mereka boleh teruskan perjalanan ke Terengganu) sekiranya keputusannya negatif. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI