APABILA ditanya mengenai apa yang perlu kita ada dahulu, kereta mewah atau rumah? Pastinya jawapan setiap individu berbeza. Sebenarnya, soalan itu tiada jawapan betul atau salah, setiap pendapat wajar dipertimbangkan.
Ada orang merasakan, ya, kita perlu beli rumah dahulu, katanya senang nanti, tidak perlu menyewa seperti sebelum ini. Ada yang mahukan kereta mewah dahulu, rasionalnya, mudah untuk ke sana sini.
Apa juga jawapan anda, semuanya betul kerana setiap individu ada keperluan masing-masing kan? Paling penting, kita kena selidik latar kewangan dahulu, jika semua stabil, baru pertimbangkan hasrat itu.
Berbalik kepada persoalan tadi, kedua-dua aset itu ada kelebihan masing-masing sebenarnya, bak kata orang saling melengkapi, rumah untuk berteduh, kereta mewah untuk bergerak.
KELEBIHAN ADA KERETA
Jika kita lihat, antara kelebihan memiliki sebuah kereta mewah ialah memudahkan urusan untuk bergerak dari satu tempat ke lokasi yang lain, tidaklah perlu bersesak-sesak dalam pengangkutan awam.
Bayangkan, tiba-tiba ada kecemasan di kampung dan perlu pulang segera, kalau tiada kereta susah juga, tak kan nak pinjam kawan pulak? Dia pun mesti nak pakai juga ke tempat kerja dan sebagainya.
Jadi, tidak salah untuk kita memiliki kereta terlebih dahulu, sekurang-kurangnya ia memudahkan pergerakan, perjalanan lebih selesa selain selamat berbanding menunggang motosikal.
MILIKI RUMAH IDAMAN
Bercakap mengenai memiliki sebuah rumah idaman pula, banyak kelebihan kita akan dapat dan yang paling ‘best’, harga aset itu akan terus meningkat setiap tahun, orang kata pelaburan bijak.
Selain itu, antara kelebihan lain membeli rumah lebih-lebih lagi ketika usia muda ialah pinjaman bank mudah lulus berikutan komitmen masih rendah sekali gus melancarkan urusan pemilikan aset tersebut.
Mungkin ramai kurang tahu juga kan, kalau kita beli rumah pinjaman bank boleh dibuat secara maksimum, maksudnya di sini ia boleh dilanjutkan sehingga 35 tahun seterusnya membolehkan ansuran bayaran bulanan lebih rendah. Menarik bukan?
Justeru, kalau ditanya kembali, rumah atau kereta, apakah jawapan anda? Rasanya mungkin ramai akan menjawab rumah memandangkan lebih berbaloi selain menjadi antara pelaburan terbaik untuk jangka masa panjang.
Tidak dinafikan, memiliki sebuah rumah terlebih dahulu adalah lebih berbaloi berbanding membeli kereta idaman, banyak kelebihan dia dan paling menarik, pembeli dapat ‘buat duit’ kembali dengan pemilikan aset itu.
Maksud ‘buat duit’ di sini boleh diterjemahkan sebagai satu pelaburan jangka panjang di mana harga hartanah akan terus meningkat setiap tahun, maka ia sesuatu yang menguntungkan jika membeli rumah.
Bayangkan, jika hari ini rumah dibeli itu bernilai RM500,000, tidak mustahil dalam tempoh 10 tahun akan datang harga pasaran mungkin mencecah RM700,000, memang menguntungkan.
Berbanding kereta, harganya akan menurun setiap tahun. Maka, jika ada rezeki lebih, modal beli rumah yang cukup, belilah hartanah dahulu.
Berita baiknya disini, bagi mereka yang mencari-cari kediaman idaman, apa kata anda singgah di Damaris @Ara Sendayan yang merupakan antara projek perumahan yang laris terjual lebih 80 peratus di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.
Perumahan ini merupakan yang terakhir di kawasan berbukit di precint berkenaan.
Jadi, jangan buang masa, jom layari laman sesawang http://arasendayan.com.my/ untuk membuat temujanji bagi melihat unit tersebut secara maya, baru orang kata ada ‘feel’ nak beli kan.
Tidak tahu nak beli dimana? Apa lagi, tetapkan temujanji untuk lihat Damaris Terrace ini, semua akan ‘makan hati’ nanti jika rumah itu dimiliki kalian satu hari nanti.
Jadi jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami bagi mengetahui mengenai hartanah, segala rundingan mengenai perumahan dengan perunding kami adalah percuma.
Jika anda 10 orang yang bertuah pada hari berkenaan, anda boleh memenangi e-dompet Touch n’Go bernilai RM88 dengan menjawab beberapa soal selidik di https://bit.ly/RumahAtauKereta.
Jadi jangan tunggu lama-lama untuk menghubungi kami bagi melawat rumah contoh kami secara virtual. Anda tunggu lama anda rugi. Jom klik bagi menerima tuah anda.