fbpx

Kes baharu naik hampiri 10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA – Sebanyak 9,890 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif sebanyak 2,313,727 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak kekal dengan kes tertinggi sebanyak 1,413 kes, diikuti oleh Selangor sebanyak 1,402 kes dan Kelantan sebanyak 1,032 kes.

“Johor pula (993 kes), Sabah (820 kes), Perak (794 kes), Pulau Pinang (721 kes), Terengganu (699 kes), Pahang (564 kes), Kedah (503 kes), Melaka (260 kes), Kuala Lumpur (250 kes), Perlis (200 kes) dan Negeri Sembilan (180 kes).

“Putrajaya pula sebanyak 59 kes dan tiada jangkitan baharu di Labuan,” katanya pada ciapan Twitter di sini hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI